MASADDE

-- KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?



Sebagaimana firman Allah SWT, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedrkah..." -(Surah Al Munafiqun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min itu akan berada dibawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah untuk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah SWT memberi ganjaran kpd orang yg bersedekah.
"Kalaulah orang yg bersedekah itu mengetahui dgn sebenarnya dan dapat menggambarkan bahwa sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drpd kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
  1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
  2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
  3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
  4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
  5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat simati, yang paling bermanfaat untuknya didlm kubur dan yang ditambah oleh Allah SWT akan rezeki (kerana bersedekah)
  6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa & dapat menggandakan kebaikan.
  7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
  8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)
  9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
  10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya
  11. Orang yg bersedekah adalah orang yg terbaik dikalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)
  12. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
  13. Orang yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada sipemberi.
  14. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
  15. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
  16. Bersedekah menolak bala' dan menutup 70 kejahatan di dunia.
  17. Bersedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
  18. Bersedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh kesakitan
  19. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian harta benda
  20. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.




Dan sebaik2 sedekah sekarang ini ialah menyebarkan mesej ini dengan niat bersedekah.

 Share this On Facebook

No comments

Post a Comment