Tahukah anda dari manakah asal usul permainan bola sepak ini? Terdapat pelbagai versi yang kita pernah dengar seperti dari negara China, berdasarkan lukisan yang dijumpai di Tiongkok. Ada pula yang menyatakan ia berasal dari Amerika Selatan iaitu oleh tamadun Maya berdasarkan rekod dan ukiran di piramid mereka. Ada pula menyatakan dari Tanah Arab iaitu selepas terjadinya Peristiwa Karbala yang mana Sayidina Huseein r.a., cucu Rasulullah SAW telah syahid dipenggal kepalanya. Di sini, ingin difokuskan kepada sejarah Peristiwa Karbala ini sebab ia berkait rapat dengan umat Islam itu sendiri.
Sebelum itu, mari kita telusuri Peristiwa Karbala itu secara ringkas di sini:
Apabila Mu’wiyyah r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Mu’awiyyah r.h telah diangkat menjadi penggantinya. Perlantikan Yazid ini telah dipersetujui [bai’ah] oleh majoriti para sahabat Nabi yang masih hidup termasuk para Ahlul Bait serta masyarakat Islam. Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah yang baru. Lalu penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid. Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah maka beliau mengutuskan Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau bagi mendengar pandangan mereka. Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan lain-lain telah menentang niat Saidina Hussain tersebut. Mari kita lihat beberapa ungkapan kata-kata mereka terhadap Saidina Hussain.
‘Abdullah bin Abbas r.a berkata: “Wahai sepupuku bagaimana anda boleh bersabar sedangkan saya tidak boleh bersabar. Saya bimbang anda akan binasa jika anda meneruskan hasrat anda itu. Penduduk Iraq adalah orang-orang yang suka memungkiri janji. Janganlah anda terpedaya dengan pujukan mereka.” – (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, ms. 208.)
‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib pernah menulis kepada Saidina Hussain sepucuk surat. Antara kandungan surat tersebut ialah:
“Saya sangat mengharapkan agar anda benar-benar merenung isi kandungan surat ini. Saya sebenarnya amat kasihan dengan anda kerana bimbang kalau-kalau anda akan binasa dan keluarga anda pula akan terhapus. Jika sekiranya anda binasa hari ini, akan padamlah cahaya bumi. Anda adalah salah seorang tokoh yang menjadi ikutan masyarakat dan harapan orang-orang mukmin. Janganlah anda tergesa-gesa bertolak ke Iraq. – (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, ms. 209)
‘Abdullah bin Jaafar bukan sekadar menghantar surat bertujuan untuk menghalang Saidina Hussain dari meneruskan rancangannya untuk ke Kufah, malah beliau juga telah meminta ‘Amru bin Sa’id, Gabenor Khalifah Yazid di Makkah untuk memujuk Saidina Hussain agar membatalkan hasratnya tersebut. Namun begitu Saidina Hussain tetap berkeras untuk berangkat ke Kufah.
Sahabat yang terkemuka serta keluarga saidina Hussin menghalangnya dari berangkat ke Kufah kerana beberapa sebab. Antaranya
1) Mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’, terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta abang Saidina Hussain yakni Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.
2) Yazid bin Mu’awiyyah adalah seorang khalifah yang telah dibai’ah oleh majoriti umat Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w.. Maka dari sisi syarak perlantikan beliau sebagai khalifah adalah sah. Terdapat larangan dari Rasulullah s.a.w. untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa telah mengangkat [telah bersetuju melantik] seorang pemimpin kemudian memberikan kepadanya uluran tangannya dan buah hatinya [sebagai tanda persetujuan], maka hendaklah dia [orang yang mengangkatnya] mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir[penentang].
Aku [‘Abdul Rahman bin ‘Abdi Rabbil Kaabah] bertanya [kepada ‘Abdullah bin ‘Amr]: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah s.a.w.?
Dia [‘Abdullah bin ‘Amr] menjawab: Aku mendengar [hadis ini] dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku. – Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, no: 3707.
Oleh itu mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai malah mengepalai pemberontakan penduduk Kufah tersebut
3) Mereka juga khuatir tindakan Saidina Hussain ini akan menimbulkan pertumpahan darah sesama umat Islam dan akan melemahkan persatuan umat.
4) Mereka bimbang akan keselamatan Saidina Hussain dan ahli keluarganya yang berkemungkinan akan dkhianati oleh penduduk Kufah atau diserang oleh tentera Khalifah Yazid.
Ternyata pujuk rayu mereka gagal untuk menghentikan hasrat beliau untuk ke Kufah. Kenapa agaknya Saidina Hussain tetap berkeras untuk ke Kufah? Jawapan Saidina Hussain adalah seperti berikut:
Saya telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah melakukan sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan kepada saya.
Lalu ‘Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?
Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Tuhan saya – Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 270)
Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah maka Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah. Tindakan Yazid bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami bagi mereka yang arif dalam bidang politik. Mana-mana pemimpin pasti akan berwaspada sekiranya terdapat ura-ura bahawa pemberontakan bakal terjadi dan ianya bukan sahaja boleh menggugat tampuk pemerintahannya malah akan menggugat kestabilan politik umat Islam pada masa itu. Harus kita semua fahami bahawa arahan dari Yazid hanyalah untuk memantau atau memerhatikan sahaja pergerakan Saidina Husain dan penduduk Kufah tersebut dan tindakan hanya perlu diambil sekiranya mereka terlebih dahulu memulakan serangan.
Oleh itu siapa sebenarnya yang membunuh Saidina Hussain?
Ubaidillah bin Hussain sebenarnya mematuhi arahan Yazid dan tidak melancarkan serangan tersebut. Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syi’ah di sana. Sebelum Muslim dibunuh oleh penduduk Kufah beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan golongan Syi’ah. Maka Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid. Ini jelas menunjukkan bahawa Saidina Hussain telah meninggalkan niat asalnya untuk memberontak terhadap Yazid dan telah pun menunjukkan kesediannya untuk membai’ah Yazid. Golongan Syi’ah di Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Hussain berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam. Sekiranya Hussain berada di pihak Yazid maka sudah pasti mereka akan dihancurkan oleh tentera Islam. Menurut ulamak Syi’ah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi tentera Syi’ah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Hussain dan mereka bertembung di Karbala. Menurut Mulla Baqir Majlisi:
Sejarah memaparkan bahawa dialah (iaitu Syits bin Rab’ie seorang Syi’ah dari Kufah) yang mengetuai 4000 bala tentera untuk menentang Saidina Hussain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 37. (artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.)
Berbalik kepada tajuk kita tadi "Asal Usul Permainan Bola Sepak". Apa kaitannya dengan peristiwa di atas? Telah diriwayatkan bahawa setelah kepala Sayidina Hussain r.a dipenggal, maka musuh-musuhnya telah saling menendang-nendang dan menyepak-nyepak kepala tersebut bagaikan sebuah bola persis seperti permainan bola sepak yang dimainkan sekarang ini. Sekiranya ini benar, apakah wajar kita sebagai umat Islam yang selama ini menyatakan kecintaan kepada Rasululllah SAW dan ahli keluarga baginda untuk terus menyerupai tindakan musuh-musuh Allah ini dengan bermain bola sepak atau menyokongnya? Bukankah ada hadis yang menyebut :" Barangsiapa meniru sesuatu kaum, dia dikira daripada kaum itu?" Adakah kita tidak sensitif dengan hal ini? Adakah kita mahu terus jahil atau buat-buat jahil tentang perkara yang sangat menghinakan Rasulullah SAW dan ahlul bait baginda?
Selain itu, jika dilihat di sudut lain pula, keburukan bermain bola sepak ini lebih banyak berbanding dengan kebaikannya. Dari sudut pakaiannya, kebanyakan pemain bola sepak memakai seluar pendek yang mendedahkan aurat lelaki. Bukan sahaja pemainya yang mendapat dosa tetapi penontonnya juga mendapat dosa kerana memandang aurat. Ulama-ulama terdahulu telah bersidang mengenai ini dan telah bersepakat:
Adapun pemain olahraga yang hanya mengenakan seluar pendek sehingga terlihat paha atau sebahagian besar auratnya, maka hal itu tidak boleh. Dan yang benar adalah wajib bagi para pemuda (pemain) adalah menutup
aurat mereka dan juga tidak dibolehkan menyaksikan para pemain yang terbuka pahanya (auratnya). (As-ilah Muhmalah hal 27, terbitan Dar Ibnul Qayyim, Damman. Telah keluar fatwa yang serupa dari Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Alilmiah wa Ifta’ di Arab.
Di sudut lain pula, permainan bola sepak ini mengambil masa yang lama dan para ulama juga telah mengeluarkan fatwa berkenaan ini. Contohnya,disebutkan disini adalah bahawa (bola sepak) telah dikenali di dalam kitab-kitab para ulama kita terdahulu, dengan nama-nama yang berbagai-bagai di dalam kitab-kitab bahasa mereka seperti Al Kujjah, Al Buksah, Al Khazafah, At Tun, Al Ajurrah, Ash Shaulajan dan Al Kurrah (lihat Al Qamusul Muhith dan Lisanul Arab)). Syaikh Muhammad Sholeh Utsaimin rahimullah lebih memperincikan lagi hukum yang berkaitan dengan latihan sepak bola, beliau berkata : “Latihan olahraga itu boleh melalaikan kewajipan, maka olahraga tersebut adalah haram. Apabila seseorang mempunyai kebiasaan menghabiskan sebagian besar waktunya di dalam olahraga, maka sesungguhnya dia telah mensia-siakan waktu".
Bagi segolongan peminat fanatik bola sepak, mereka sanggup menunggu berjam-jam di luar stadium semata-mata untuk menonton permainan bola sepak kegemaran mereka, sehingga cuai untuk solat yang sememangnya menjadi kewajipan mereka kepada Allah SWT.
Dari sudut lain pula, permainan ini diasaskan oleh orang kafir, maka tidak wajarlah bagi orang-orang Islam untuk sama-sama bersekongkol dengan permainan yang memang unik dengan identiti mereka sebagai orang kafir. Berkenaan ini ada disebut:
Sikap meniru orang-orang kafir yang didalam bahasa syar’i-nya adalah tasyabbuh. Berikut adalah penjelasan mengenai tasyabbuh yang diambil dari “Man Tasyabbaha biqaumin Fahuwa Minhum karya Dr. Nashir Abdul Karim Al Aqli penerbit Darul Wathan – Riyadh edisi bahasa Indonesia Tasyabbuh Sikap Meniru Kaum Kafir penterjemah Aboe Hawary penerbit Pustaka Mantiq Solo Cetakan 1 Agustus 1992″ hal 17
“Tasyabbuh yang dilarang dalam Al Qur’an dan As Sunnah secara syar’i adalah menyerupai orang-orang kafir dalam segala bentuk dan sifatnya baik dalam aqidah, peribadatan ,kebudayaan, olahraga, sukan atau dalam pola tingkah laku yang menunjukkan ciri khas mereka (kaum kafir).
Selain itu, percampuran bebas di stadium bola sepak antara lelaki dan perempuan juga sememangnya haram. Ini tidak dapat dinafikan terjadi di mana-mana stadium bola sepak ketika permainan bola sepak berlangsung. Di samping itu, kita juga tahu bahawa kebanyakan kelab-kelab bola sepak ini kebanyakkannya dimiliki Yahudi dan musuh-musuh Islam. Jadi, dengan membeli tiket dan barang-barang atau produk kelab peminat bola sepak ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada musuh-musuh Islam ini. Sekiranya kita ditanya di Akhirat nanti, ke manakah kita gunakan nikmat pemberian Allah SWT ketika di dunia, apakah jawapan kita hendak beri? Renung-renungkanlah! Sesungguhnya permainan bola sepak ini termasuk agenda musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi dalam melalaikan umat Islam dengan hiburan dan dunia, agar itulah menjadi kegilaan umat Islam, dan terus meninggalkan perjuangan Islam yang sebenar . Maka mudahlah mereka mencatur dunia apabila umat Islam telah lalai dengan dunia.
Berkata seorang Rijalullah: " Tidak layak seseorang itu menjadi pejuang Islam tapi pada masa sama masih bermain atau menyokong bola sepak, kecuali dia bertaubat".
Banyak lagi olahraga lain di dalam dunia, bahkan Islam juga ada sukannya yang tersendiri. Mengapa kita masih hendak mempertahankan sesuatu yang tidak menguntungkan kita sedikit pun?
No comments
Post a Comment